Pages

Semua hasil Karya dalam blog ini adalah hasil tangan Puan Kutu. AMARAN KERAS tak boleh curi hasil karya. Kalau copy juga jawab kamu dengan tuhan!hoho..

Tuesday, November 1, 2011

Kisah Dongeng Seth Tan Dan Pokok Kacang



Disebuah desa yang terpencil di utara tanahair, tinggal seorang budak lelaki diberi nama Seth Tan. Dia tinggal bersama ibunya di rumah pusaka yang hanya menunggu masa sahaja nak roboh. Kehidupan mereka sangat susah. Harta yang mereka miliki hanyalah seekor lembu tua. Ayah Seth Tan telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Dari cerita ibunya, aruah meninggal kerana tertelan biji kedondong. 


Dek kemiskinan yang amat dasyat, ibunya menyuruh Seth Tan menjualkan lembu tersebut. Tambahan pula, tak lama lagi Hari Raya Haji, pasti ada yang mahu membeli lembu mereka untuk di jadikan korban. Hasil jualan lembu itu dapatlah membeli benih sayur untuk di tanam di belakang rumah. Mama Seth Tan bercita-cita menjadi petani moden yang berjaya, mahu menanam anggur, epal, avokado dan strawberi. Malangnya, Seth Tan sangat pemalas orangnya. Tak tahu malu pula hendak berangan kahwin sama Izara Aishah, anak jiran sebelah.


In the morning next day, Seth Tan pergi ke pasar untuk menjual lembu tersebut. Dalam perjalanan ke pasar, dia terserempak dengan nenek kebaya. Dengan ramahnya nenek kebaya menegur Seth Tan, " Hai cu, mahu kemana membawa lembu itu?". " Mama suruh chek juai kat market", menjawab Seth Tan tanpa ragu-ragu. Setelah mendengar penjelasan Seth Tan, nenek kebaya bersuara, "Mahukah cucu menukar lembu ini dengan sebutir kacang? Kita buat sistem batter mau?". "Tak mau ehh..oh no..gila apa nenek, takkanlah kacang nak tukaq dengan lembu? chek bukan bodo.."


"Jangan menghina ya! Ini kacang ajaib lor...Kalau cucu tanam sehari, kacang nie akan bertukar menjadi pokok kacang yang tinggi sampai ke awan nano, Ini baja terbaik dari ladang! " Tersengih nenek kebaya menampakkan gigi palsunya. Sambil membayangkan hasil yang banyak daripada pokok tersebut, dia akhirnya bersetuju. "Kalau macam tu, oklah nenek.."


Pulang kerumah, Seth Tan menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya. Alangkah terkejut dan berang ibunya mendengar. " Adoyai..Macam mana kita nak hidup hanya dengan sebutiaq kacang ja? hang nie aku kata bodo hang maqah! muka saja hensem, tapi...tapi..." tak sampai hati meneruskan kata-kata yang lebih tidak sopan , ibunya lantas membuang kacang itu keluar tingkap. 




Bangun pagi keesokan hari, terkejutlah Seth Tan melihat sepohon pokok kacang gergasi dibelakang rumah. " Betui la apa yang nenek kebaya tu kata," gumam Seth Tan. "Best nie kalau main panjat-panjat". Sepenuh kudrat Seth Tan memanjat pokok tersebut. Sepanjang perjalanan.. "Baik aku uji vokal aku dulu, mama tu tak habis-habis soh aku p auditon vokal bukan sekadar rupa, mama tak tau ka rancangan tu untuk orang tak kacak, aku mana layak!" masuk bakul angkat sendiri Seth Tan.


"Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi, Dan bibirmu.." Suaranya gemersik sekali...


Tak sempat menghabiskan sebuah lagu, Seth Tan telah berada di puncak. 
" Biaq betui..cepatnya..hebat betui aku nie, tak sia-sia aku belajaq panjat dengan beruk ". Sampai dipuncak, terkejut Seth Tan kerana rupa-rupanya ada sebuah istana besar di situ. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, Seth Tan menghampiri istana kemudian pintu utama di bukanya perlahan. Kreuk..kreuk..kreuk..berirama bunyi pintu istana memecah kesunyian. 

Walaupun takut, Seth Tan meneruskan peninjauan. Tempat pertama yang ingin sekali dituju tentulah dapur. Perutnya terasa sangat lapar. Di dapur terletak sebuah peti sejuk besar gedabak 4 pintu. Dengan gelojoh Seth Tan membukanya, " Alhamdulillah, rezeki aku.." Selesai memenuhi nafsu makannya, Seth Tan ke ruang tamu pula. Istana itu dipenuhi perabot jati yang mahal-mahal. " Wow koleksi vantage pun bayak siot..mau terburai bijik mata Izara Aishah kalau tengok nie!". Menyedari yang dia sudah banyak membuang masa, Seth Tan mula mencari barang berharga untuk dibuat souvenier. 


Kakinya melangkah perlahan kebilik tidur utama. Terkejut Seth Tan melihat seekor raksasa sedang nyenyak tidur di meja studi. Laptop disebelah pun tidak dimatikan. "Membazir elektrik betui!ow..awek.." Seth Tan meninjau lagi sekitar bilik. Sesekali kedengaran kroh..kroh..bergegar istana dengan bunyi dengkuran raksasa. Seth Tan jadi takut. Namun matanya sudah menangkap sesuatu. Bersebelahan katil ada seguni wang emas. Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, seberapa pantas Seth Tan mengambil wang emas itu. Kemudian tergesa-gesa dia mahu pulang. Bimbang juga kalau raksasa terjaga. Seterer kluangman Seth Tan terjun kebawah dan sudah kebumi semula.


Gedebukkk..."aduh..sakitnya! janji puas hati, pasnie boleh aku bersenang lenang dengan wang yang ada" Seth Tan bersuara girang. Ibunya yang kebetulan sedang memasak lempeng terkejut dengan bunyi yang sangat kuat. " Oh mama hang cantik! " sempat ibunya melatah. "Hang ka Seth Tan, mama ingatkan setan mana la tadi..Terkejut mama! ". Dengan tidak sabar, Seth Tan menceritakan segala-galanya. " Berani betui hang , kalau raksasa tu mai sini nak ambik duit dia balik, mama tak tau..Hang jangan dok buat siqu (gila).."


Sejak hari itu, kehidupan Seth Tan berubah. "Mulai hari nie, mama tak payah masak lempeng lagi, jemu dah chek. Tekak nie teringin nak makan cupcake. Kita kan sudah jadi orang kaya..hahahaha", ketawa Seth Tan dibalas dengan gelengan kepala dari ibunya. Kini Seth Tan mula bergaya dengan memakai pakaian jenama, sudah pandai lepak-lepak kat starbucks dan shopping pun kat Jusco. Izara Aishah yang dulunya jual mahal mula merapatkan diri dengan Seth Tan. Setiap hari mereka dating makan-makan kat Secret Receipe. Pergi clubbing jer tak boleh pasal Seth Tan belum cukup umur. 


Lama kelamaan, wang emas yang dicuri habis digunakan Seth Tan. Dia mula memikirkan pokok kacang dibelakang rumah lantas memanjat kembali pokok gergasi itu hingga ke atas. Kali ini dia sedikit lega sebab raksasa tidak ada di istananya. "P merempit la tu..macam la aku tak nampak gambaq awek dia kat sceen saver laptop hari tu..Segak gila..rambut menggerbang macam Mak Lampir." gelihati Seth Tan bila teringat kali pertama dia ke sini minggu lepas. Tiba-tiba seluruh istana bergegar dengan bunyi tapak kaki raksasa. " Matilah aku, dia balik dah...".


Raksasa yang melihat kelibat Seth Tan mendengus marah. Dengan segera Seth Tan berlari dan cuba untuk turun kebawah. Kerana ketakutan yang amat sangat, dia hilang krediatibiliti sebagai kluang man. Terasa lambat sekali pergerakannya. Raksasa terus mengejar Seth tan yang sudah tercungap-cungap kepenatan. Akhirnya sampai juga Seth Tan kerumahnya..Raksasa masih lagi terhegeh-hegeh dibelakang, masih memula langkah bunga-bunga di atas pokok.


"Mama..mama..raksasa ligan chek...cepat!cepat! mama p pinjam kapak bapak Izara tu..", memekik Seth Tan memanggil mamanya. " Ha sat...kapak pak hang pun ada, mama simpan kat gudang..Satgi hang buat main. Saja ja mama rahsia", dalam kekalutan pun sempat ibunya buat lawak bodoh. Mamanya lantas berlari mendapatkan kapak. Serta merta dihulur ke tangan Seth Tan. Seth Tan segera menebang pokok kacang tersebut. Seminit kemudian, terdengar bunyi dentuman yang kuat. Pokok gergasi itu tumbang menyembah bumi. Raksasa juga jatuh dan mati serta merta ditempat kejadian. 


Seth Tan dan mamanya berpelukan. "Mama lega hang selamat. Betapa susah dan miskinnya kita, hang kena kerja. Hanya dengan usaha keras saja kita boleh merubah nasib. Mama harap Seth akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang hang idamkan". Seth Tan mula sedar akan kesilapannya. Selama nie dia malas bekerja dan hanya tahu berangan. Kalaulah wang emas yang di ambil dari raksasa di simpan dalam asb, bukak buku sspn, buat pelaburan emas, tentu senang hidup mereka... 


Sambil memandang ke bawah baru mama Seth Tan perasan sesuatu, "Hang kencing dalam seluaq Seth Tan???.."  Tersengih macam kerang busuk Seth Tan bersuara, " Ketaq punya pasai mama..."




* Moral : Mana ada wang emas turun dari langit. Kalau nak sesuatu kena usaha ok. Jangan malas!





Saturday, October 15, 2011

Kisah Dongeng Percintaan Limah & Mat



Tersebutlah kisah pada zaman Hikayat Merong Mahawangsa,  cerita cinta tragis dua insan bercinta Di beri nama Limah dan Mat. Adapun Limah ini sangat cantik dimata Mat kerana rupanya iras Kiah Propa Galaksi. Walaupun dahinya jendul dan giginya jongos, Mat sayangkan limah. Mat pula tidak kurang kacaknya persis AC Mizal, hero Gerak Khas The MovieLimah dan Mat setiap hari bercerekarama di dalam cuaca melampau di bawah bulan purnama ditepi kolam berudu katak. Limah selalu bersengal-sengalan dengan Mat bersama jelingan manjanya sambil berkata, "Ac dimana?".  "Ac disini.." menjawab mat lalu mencubit gigi jongos Limah.


Limah tinggal bersama mak tirinya yang jahat piang tetapi kaya raya. Semua kerja cuci-cuci services terpaksa Limah lakukan. Mak tirinya pula bersenang-senang jalan-jalan cari jantan. Dek kerana tidak tahan melihat kekasih hatinya yang selalu di buli, Mat membawa lari Limah ke Lombok. Tambahan pula, polis sedang membuat serang hendap terhadap semua geng KL Gangster yang mana ketuanya adalah Mat.


Di lombok, Mat tidak kurang hebat juga memegang jawatan besar sebagai ketua kepala Flat 3A. Macam gampang Mat Tipu Limah. Katanya rumah Mat sebesar banglo milik mak tiri Limah yang gila jantan itu. Rupanya duduk flat sempit sampai bekalan air dan api pun macam haprak. Tambah sengsara, Limah terpaksa redho yang sebenarnya Mat sudah punya dua isteri. Kurus melidi Limah lebih cengkung daripada cicakman kerana makan hati.

Setiap hari Limah bermain congkak untuk menenangkan gelora jiwa. Kalau kesedihan, Limah bikin karipap inti berudu, kuih kesukaannya. Karipap sajalah yang dapat mengubat hatinya yang lara. Tapi Limah ingat pesan mak kandungnya, jangan pandang belakang..kita mesti pandang kedepan..kalau tak macam mana nak jalan.. 



Disuatu petang, " Udah! kok Limah cengeng segala, ikut saja arahan madumu. Bini-biniku gangster tahu?" keras Mat berkata kepada Limah. " Benaran nie Mas?" dengan muka toya tak percaya Limah lupa daratan bercakap indon. "Iya! apa yang mereka butuh turuti saja Limah!". "Eh aku tanya elok-elok, Mat maki aku pula dengan kata-kata kesat. Kau belum rasa penangan Libas aku!"  Amarahnya tesekat di kerongkong. Akur tidak mahu dikata isteri derhaka, Limah kembali menjalankan tugas cuci-cuci servicesnya. Bra dan seluar dalam madunya pun Limah basuh.


Alkisah suatu hari, bekalan air flat di cantas sebab Mat tak tahu bayar pakai maybank2u. Limah terpaksa mandi ditepian sungai. Sedang bermandi manda, Limah teringat exboyfriendnya Adnan Sempit. Kalau Limah kahwin sama Nan, tentu dia tidak susah begini. Kerana tidak tahu buat karipap-karipap cinta saja Limah tolak cinta Nan mentah-mentah. Adnan Sempit pun sudah kahwin dengan Intan Ladyana, berangan sajalah Limah Nak mendapatkannya semula.


Pulang kerumah Mat tengah menonton dvd Geng : Pengembaraan Bermula. Bini Mat yang dua orang tu ketawa terbahak-bahak macam iblis yang terbuka Al Hijab. Entah apa yang lawak agaknya kata Limah dalam hati. Kerana stress Limah pergi dapur bertindak kejam terhadap diri sendiri. Matanya dicucuk dengan garpu plastik bekas makanan polisterin Mat. Melihat dirinya tidak juga mati, Limah ambil pembuka tin susu kemudian cucuk perut sendiri. Akhirnya aruah juga Limah.


Lepas dikebumi keesokkan harinya, gempar seluruh flat dengan berita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tersedak mat yang tengah sarapan Nasi Lemak 2.0 dan Oligo Cocoa mendengar berita tersebut. Bermula hari itu Limah akan mengganggu sesiapa sahaja sebagai penjual karipap. Mak cik hantu yang jual karipap dekat asrama,hostel, universitas dan kolej tu Limahlah, tahu tak?


* Moral : Jangan mudah terpengaruh dan jatuh cinta dengan jejaka Lombok. 



Wednesday, October 12, 2011

Kisah Dongeng Amy Mastura Membeli Ikan

Diceritakan di sebuah negeri yang dinamakan Ipoh mali, tinggallah seorang budak yang comel lote, Amy Mastura namanya. Semua orang bandar memanggilnya Amy. Orang kampung pula memanggilnya Memey. Tapi disebabkan Amy Mastura tidak suka disamakan dengan Memey isteri Norman Hakim itu, maka dia senang dengan panggilan manja, Amy. 


Amy ini kulitnya putih gebu macam Zizie Ezette, memiliki mata yang galak macam Rozita Che Wan , hidung mancung macam Susan Lankaster, bibir mungil macam Angelina Jolie Malaysia tu siapa nama dia entah dan rambut panjang mengurai seperti Fauziah Gouse. Namun begitu sayang lapan kali sayang, tidak ada seorang jejaka pun yang terpikat akan keanggunannya sebab dia baru berumur 6 tahun. Masih kanak-kanak ribena, ho-ho-horlick!


Amy sejak kecil hanya tinggal dengan ibunya, Mak Dara. Walaupun telah beranakkan Amy, Mak Dara sentiasa dara kerana namanya. Mak Dara telah kematian suami sejak Amy dilahirkan. Tidak seperti Amy, Mak Dara digilai setiap suami-suami orang yang menetap di  negeri Ipoh mali. Kata orang, mantan suami Mak Dara itu langsung tidak kacak. Sudahlah kepalanya botak, giginya jongang, kulitnya hitam legam, saling tak tumpah muka pecah rumah. Terlalu panjang kalau mahu diceritakan ketidakhenseman wajah ayah Amy itu. Sudahlah yer, tidak mulia mengata orang yang sudah tidak ada. 


Nasib baiklah Amy mewarisi kecantikan ibunya. Even Amy tidak pernah merasa kasih sayang ayahnya yang jongang itu, dia mendapat kasih sayang secukupnya dari Mak Dara. Hanya ibunya sajalah tempat dia bermanja, bergomol waima bergusti lengan bersekalipun. Mak Dara pun sangat sayangkan anak tunggalnya itu hingga tidak terniat hendak mengahwini mana-mana suami orang yang mengidamkannya.


Pada suatu pagi, Mak Dara menyuruh Amy Mastura pergi ke market membeli seekor ikan. Amy berjalan kaki ke market sambil bernyanyi dengan riang gembiranya. " Jika ditanya tentang cinta, macam-macamlah jawapannya..Ada cinta yang bawa ceria, Ada cinta yang sanggup merana...". Selepas itu, Amy menguji suaranya lagi dengan lagu Kisah Dongeng dari Stacy sambil teringat Drama Cinta Elysa yang ditontonnya malam tadi. 


SUMBER 


Di pertengahan jalan, Amy ternampak seorang lelaki sedang memancing di sebatang sungai. Lelaki itu saling tak tumpah seperti Aril, si botak juvana yang telah menjadi hero dalam Cinta Elysa. "Wah begitu terserlah kekacakan Aril yang sedang menarik tali pancingnya dengan kuat itu," bermonolog Amy sendirian didalam hati. Amy menghampiri lelaki itu." Apa yang sedang pak cik kacak buat?" tanya Amy. "Aku sedang menarik seekor ikan yang besar," pakcik persis Aril itu menjawab.


Kerana malas hendak terus berjalan ke market, Amy mendapat idea bernas, "Apa kata pakcik kacak jualkan ikan itu kepada saya?", kata Amy. Pakcik persis Aril bersetuju dan Amy pun menghulurkan duit yang telah di beri oleh ibunya.  Pakcik Persis Aril terus blah! Amy kemudian menarik pancing itu dan terkejut biawak. Benda yang ditariknya itu rupanya adalah seketul batu yang besar. Dia berasa sangat takut, gelisah dan cemas.


Pulanglah Amy kerumah membawa batu dengan perasaan kecewa yang tak dapat dibendung. Mak Dara sangat terkejut tapi tidak sampai hati hendak marahkan anak kesayangannya. Lantas dengan tersenyum mak dara berkata, "Kalau begini baik order Pizza!"




Moral : Fikir dahulu sebelum berbuat sesuatu.





Kisah Dongeng Malas


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Setiap hari mereka membanting tulang menyemai padi dan bercucuk tanam untuk menyara hidup. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. 

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang wanita bernama puan kutu mengaku dirinya sangat malas. Katanya, " Hamba adalah yang paling malas" Raja pun bertanya, "apa tahap malas kamu?" Lalu jawab puan kutu, "kalau hamba hendak santap, ada orang yang menyuapkan hamba". Maka Raja cuma tersenyum.

Tiba-tiba datang Tuan Kutu, " Hamba lebih malas lagi dari Puan Kutu tuanku". Raja pun bertanya kepadanya, "sampai mana pulak tahap malas kamu?" maka jawabnya, "Kalau hamba santap pun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam. 

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki bernama Aiman kepadanya sambil berkata "Hamba adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, "bagaimana pula tahap kemalasan kamu?" budak itu pun menjawab, "Nak cerita pun malas!"



Maka raja pun percaya bahawa Aimanlah yang paling malas diantara semua rakyat jelatanya. Lalu raja mengurniakan seguni emas kepada Aiman. Puan Kutu dan Tuan Kutu sangat sukacita hingga melompat si katak lompat. Mana taknya, mereka boleh juga menumpang senang. Aiman itu rupanya anak mereka. Gembiralah hidup sekeluarga yang malas itu. 

* Moral : Jangan malas tuhan tak suka!


Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu



Alkisah dalam satu negeri, hiduplah seorang Raja dan Ratu dengan kehidupan yang sangat sunyi sepi kerana tidak mempunyai zuriat. Telah pelbagai usaha dilakukan hingga berjumpa tabib pakar sakit puan tetapi sang ratu tidak jugak mengandung. Ini membuatkan mereka sangat dukacita.

Di suatu petang yang tak berapa nak hening, ketika Sang Ratu sedang bermain game facebook, seekor Kutu melintas.  "Apa yang kamu inginkan akan terpenuhi, dan kamu akan segera mempunyai seorang puteri." Kutu itu bersuara dengan lemak merdunya persis Siti Nurhaliza. Maka terkejutlah Ratu hingga pengsan masuk wad icu.

Apa yang kutu itu ramalkan menjadi kenyataan. Lapan jam kemudian Sang Ratu melahirkan seorang anak yang sangat molek rupanya. Raja sangat kaget kerana secepat itu Ratu beranak, lalu menamakannya Tengku Puteri. Raja dan Ratu menyengih panjang dan berhasrat megadakan pesta besar-besaran. Tetamu kehormat di pesta itu tentulah Kutu. Kutu diberi seat vvip dan dianuerahkan darjah kebesaran puan. Kutu juga di jadikan sebagai haiwan peliharaan di istana merangkap peneman di kepala Puteri. 

Sejak hari itu Kutu di panggil dengan panggilan Puan Kutu. Kerana title puan serta gila kuasa, Kutu menjadi sangat kejam, ego lagi berlagak. Sudahlah rupanya buruk, hobinya pula menghisap darah. Habis semua darah rakyat jelata di hisapnya. Hobi kutu makin menjadi melampau hingga tabung darah di Hospital pun dirompaknya.

Namun begitu Kutu sangat sayang akan Puteri. Setiap hari Kutu akan landing, menenggek, merayap waima lepak-lepak di kepala Puteri. Mereka berdua sangat rapat bagai isi dengan kuku, langsung tidak dapat dipisahkan. Apabila Puteri  santap, kutu pun santap. Apabila Puteri bersiram, kutu pun bersiram. Apabila Puteri beradu, Kutu pun beradu. Apabila Puteri update blog, Kutu pun akan update blognya. 

Tahun berganti tahun, Tengku Puteri membesar menjadi gadis yang sangat cantik, kulitnya putih gebu, bodynya juga mantap. Puteri mempunyai hobi melukis doodle. Kepandaian Puteri melukis doodle telah tersebar luas ke pelusuk negara. Setiap hari puteri akan melukis ditemani Puan Kutu.


Doodle krd : Tengku puteri


Seperti gadis-gadis lain yang tengah bergetah, Puteri juga mempunyai cinta hati. Puteri sangat sayang akan cinta hatinya sama seperti sayangkan kutu. Cinta Hati Puteri tidak suka akan Kutu kerana Puteri sering melebihkannya dalam segala hal. Dek kerana cemburu, Cinta Hati Puteri lantas merancang membunuhnya.

Hari minggu Cinta Hati Puteri mengajak Puteri dating. Mereka pergi menonton wayang gambar. Sebelum berangkat pulang menaiki kereta kuda, Cinta Hati Puteri menghadiahkan Puteri sebotol shampoo lalu berkata dengan manja. "Puteri mesti pakai shampoo nie ketika bersiram kalau sayang sama Cinta hati. Cinta Hati sangat kangan dan cinta sama Tengku Puteri." Puteri pun tersenyum bangga sampai kembang hidung kerana mendengar curahan kasih sayang dari Cinta Hatinya. 

Ketika bersiram di swimming pool istana, Puteri menggunakan shampoo pemberian cinta hati. Kebetulan ketika itu kutu sedang tidur di kepala Puteri, tetapi Puteri tak perasan. Rupanya shampoo itu telah dicampur dengan racun kutu dengan niat mahu membunuh Puan Kutu. Maka geringlah Kutu menunggu saat pergi tak kembali.

Gemparlah seluruh negeri dengan berita kemangkatan Kutu penghisap darah yang kejam. Gembiralah semua rakyat jelata yang setiap hari memang mendoakan Kutu supaya cepat mampus. Happylah juga Si Cinta hati puteri mendengar khabar itu. Yang berdukacita hanyalah Tengku Puteri nan seorang. 

Tiba-tiba Puteri terperasan yang makin hari rambutnya makin luruh. Detective Conan dilantik sebagai penyiasat persendirian untuk menyiasat kes kematian Puan Kutu dan kenapa rambut Puteri yang dulu ikal mayang, hitam berkilat dan panjang mengurai itu menjadi botak tetapi di tolak keras oleh Cinta Hati Puteri. Katanya Yun Nam hair Care kan ada!



* Moral :Jangan bela kutu. Pengotor seh!