Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Setiap hari mereka membanting tulang menyemai padi dan bercucuk tanam untuk menyara hidup. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang wanita bernama puan kutu mengaku dirinya sangat malas. Katanya, " Hamba adalah yang paling malas" Raja pun bertanya, "apa tahap malas kamu?" Lalu jawab puan kutu, "kalau hamba hendak santap, ada orang yang menyuapkan hamba". Maka Raja cuma tersenyum.
Tiba-tiba datang Tuan Kutu, " Hamba lebih malas lagi dari Puan Kutu tuanku". Raja pun bertanya kepadanya, "sampai mana pulak tahap malas kamu?" maka jawabnya, "Kalau hamba santap pun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam.
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki bernama Aiman kepadanya sambil berkata "Hamba adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, "bagaimana pula tahap kemalasan kamu?" budak itu pun menjawab, "Nak cerita pun malas!"
Maka raja pun percaya bahawa Aimanlah yang paling malas diantara semua rakyat jelatanya. Lalu raja mengurniakan seguni emas kepada Aiman. Puan Kutu dan Tuan Kutu sangat sukacita hingga melompat si katak lompat. Mana taknya, mereka boleh juga menumpang senang. Aiman itu rupanya anak mereka. Gembiralah hidup sekeluarga yang malas itu.
* Moral : Jangan malas tuhan tak suka!